Help - Myvid.my

Selamat datang ke myvid.my

Berikut ialah cara untuk mendaftar atau membuka akaun di myvid.my :

Sila klik pada butang " New Account " dan isi maklumat. Setelah itu sila buka email anda dan cari " Activation Link" - (email yang dihantar oleh myvid) sekiranya tiada didalam " INBOX" anda sila cari didalam " Folder SPAM" ,  salin " COPY" " CODE" dan tekan pada " Activation Link " masukkan "CODE" itu didalam ruang yang disediakan. Akaun anda telah diaktifkan.

Anda boleh juga mendaftar menggunakan akaun " Facebook " , pendaftaran menggunakan akaun " Facebook " lebih mudah dan cepat. Anda tidak perlu risau tentang data peribadi anda, kerana tiada maklumat anda diakses,  penggunakan API pendaftaran adalah sangat selamat dan dipercayai dalam talian, anda tidak perlu mengaktif melalui email kerana API telah mengenalpasti identiti anda.




Paparan diatas ialah Akaun/profail anda.


1. Sila klik pada " Menu " diatas kiri, terdapat beberapa kategori untuk pilihan.

2. Untuk mengemaskini maklumat dan menggunakan lain-lain fungsi, sila klik pada menu " My Account "

3. Berikut ialah fungsi bagi menu tersebut : 

   3.1. My Account - Mengemaskini maklumat, profile, gambar, video, pesanan, langganan dan lain-lain.

   3.2. Manage VIdeo - Menguruskan video-video seperti, menentukan paparan gambar pada video, mengemaskini info, muatnaik subtitle dan sebagainya.

   3.3. View Channel - Melihat semua ' channel/ profail' pelanggan yang mendaftar di myvid.my

   3.4. My Playlist - Menguruskan ' playlist ' bagi setiap video yang anda inginkan, ia memudahkan rakan-rakan lain untuk memilih playlist yang mereka suka.

   3.5. My Channel - Untuk anda menukar ' Header ' channel/ profile anda (w) 1170 x (h) 222 pixel - sila masukkan ' cursor ' di 'header' anda akan nampak butang " Update Cover " untuk menukar header.

   3.6. Become Earning - Sekiranya anda ingin melanggan " myvid affiliate programe " sila isi maklumat. Pihak myvid akan menganalisis sebelum mengaktifkan permintaan anda.

   3.7. Buy Premium - Beberapa pakej yang ditawarkan oleh myvid.



4. Untuk melihat ' channel/ profail ' anda yang telah dikemaskini, sila klik pada " My Channel " seperti paparan dibawah



5. Untuk muatnaik video , klik pada butang " Upload" yang berada diatas kiri.

    5.1. Anda boleh memuatnaik seberapa banyak video sama ada 'select video' atau 'drag dan drop' ke dalam petak disediakan.


6. Ini sangat penting , apabila anda memuatnaik video terdapat  2 jenis ' Progress bar' berwarna hijau,

    6.1 Untuk 'progress bar 1'  ialah - video anda sedang dimuatnaik naik kedalam pelayan, anda harus menunggu seketika untuk " progress bar" menunjukkan 100%.

    6.2 Setelah itu ' progress bar 2' akan berjalan sehingga 100% selesai. ( 'Progress bar 2' ialah pemprosesan video dimana pemformatan bagi beberapa resolusi temasuk memaparkan 'thumbnail' untuk video anda.

    6.3 Sila jangan tekan apa-apa butang lain, ini mengelakkan agar video anda tidak terganggu dalam pemprosesan tersebut. 


7. Anda tidak lagi boleh menekan butang 'submit' sekiranya 'progress bar 2' tidak mencapai 100% pemprosesan.




8. Ilustrasi diatas ialah 'progress bar 1' memuatnaik video kedalam pelayan.

9. Ilustrasi dibawah ' progress bar 2' ialah video anda telah menjalani pemprosesan format telah mencapai 100%.

  

10. Setelah itu anda boleh mengisi maklumat tentang video anda, manakala pada " video category" anda boleh memilih 4 kategori yang sesuai dengan video anda. Seperti ilustrasi diatas.


11. Sekiranya video anda mempunyai " Subtitle" sila muatnaik naik di bahagian ini. Kemskini maklumat lain-lain.

12. Untuk melihat kembali video yang anda telah muatnaik klik di menu " Manage Video" diatas kiri seperti ilustrasi di no.4.

13. Ilustrasi di bawah ialah untuk melihat video yang dimuatnaik di 'channel anda'.



14. Anda boleh mengemaskini apa-apa maklumat berkaitan dengan video anda seperti - 'edit, watch,delete' anda boleh menjadikan video anda sebagai 'private video, public view, member access'.

15. Ilustrasi dibawah ialah paparan bebas antaramuka myvid.my



17. Untuk melihat semua 'channel/profile' yang berdaftar dengan myvid.my - Sila pergi ke butang ' Search ' diatas dan disebelah kiri terdapat perkatan ' Video ' tekan butang itu dan anda akan dapat melihat butang " CHANNEL" klik padanya, jangan isi apa-apa didalam ruang " Search" tetapi terus tekan  pada " ICON Search" - Senarai perserta yang berdaftar di myvid.my akan dipaparkan.