Live Streaming - Myvid.my

Live Streaming video

myvid.my juga mempunyai live streaming engine, yang mana anda boleh membuat siaran langsung melalui desktop computer dan siaran itu akan dipaparkan di portfolio anda. Walaubagaimanapun live streaming myvid.my  adalah berbayar ialtu MYR120 untuk 12 bulan .

Tetapi anda juga mempunyai pilihan lain iaitu membuat siaran langsung (live streaming) melalui -

1. Youtube
2. Facebook
3. Syarikat yang menawarkan live streaming pihak ketiga.

Kami hanya membenarkan untuk berkongsi pautan 'Live Streaming' anda sahaja dan kami tidak membenarkan anda menggunakan 'Embed Code' ini untuk memasukkan pautan video anda dari platform lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pengguna kami serta kemasukkan pengiklanan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, 'login' akaun anda di myvid.my , klik pada butang " Upload" - klik pada "Embed Code"

Masukkan : -

1. Embed Code (isi  ruang disediakan) - Copy embed code anda dari mana-mana platform 'Live Stream' dan 'paste' diruang ini.
2. Isi ' Video Duration' - Contoh anda ingin membuang siaran langsung selama 20 minit - 00:20:20 ( hh:mm:ss)
3. Upload (muat-naik) thumbnail yang akan dipaparkan di video stream ketika siarang langsung anda bermula - Sebagai contoh ' Channel Saya' format untuk thumbnail ialah *.jpg ( Video streaming tidak akan memproses thumbnail)
4. Isi tajuk video anda - dibahagian " Title " dan masukkan juga apa-apa maklumat mengikut kesesuaian dibahagian " Description" - Bahagian ini perlukan. Anda harus mengisinya.
5. Pilih ' Video Category' yang sesuai dengan siaran langsung anda- Sebagai contoh - My Portfolio atau Campaign atau sebagainya. Category Default ialah " Film " sila tukar.

Anda boleh membuat apa-apa siaran langsung yang mana tidak melanggari terma dan syarat yang kami tetapkan.

Sekiranya kami mendapati video siaran langsung itu melanggari terma dan syarat , pihak kami akan menghapuskan video itu serta merta. Perlu diingatkan myvid.my ialah platform untuk mempromosi apa jua bidang samada perniagaan, perkhidmatan, hobi, komuniti, bakat-bakat, musik , kempen, pemasaran, pencarian maklumat , pekerjaan dan ianya khas hanya untuk warga Malaysia sahaja.

LARANGAN KATEGORI VIDEO

Video yang tidak dibenarkan dan larangan adalah seperti berikut :

Kami tidak membenarkan anda memuatnaik video yang datang/atau kepunyaan  dari luar negara. Myvid khas untuk video yang mempromosikan aktiviti  hanya di Malaysia sahaja.

Politik              -  video berunsur kempen politik dan hasutan.

Perubatan      -  video perubatan, seperti pembedahan, ubatan klinik/hospital, kecederaan, kemalangan dan sebagainya.

Perkauman    - video seperti hasutan, khianat, fitnah yang boleh mendatangkan kemalangan,kemarahan dan sebagainya

Keganasan     - video yang memaparkan aksi keganasan yang melampau, kecederaan, penyembelihan yang mana mendatangkan kemarahan dan kekejaman.

Vandalisma    - video dengan aksi vandalisma, yang boleh mendatangkan hasutan kepada orang lain

Keagamaan   - video tentang keagamaan dan kepercayaan

Mengaibkan  - video kempen untuk menjatuhkan /memusnahkan sesuatu perniagaan , produk dan lain-lain yang dinggap melampau.

Lucah              - video yang memaparkan aksi-aksi lucah

Prank              - video 'prank' yang tidak mendatangkan manfaat/faedah bagi memalukan seseorang sebagai bahan tontonan

Video tidak bermanfaat , video yang tidak mendatangkan apa-apa faedah , manfaat kepada penonton


Apa-apa  maklumat berkaitan , kami akan kemaskini disini.

Sila hubungi kami melalui email bagi sebarang pertanyaan dan makluman

myvidteam@gmail.com