Policy - Myvid.my


LARANGAN KATEGORI VIDEO

Video yang tidak dibenarkan dan larangan adalah seperti berikut :

Kami tidak membenarkan anda memuatnaik video yang datang/atau kepunyaan  dari luar negara. Myvid khas untuk video yang mempromosikan aktiviti  hanya di Malaysia sahaja.

Politik              -  video berunsur kempen politik dan hasutan.

Perubatan      -  video perubatan, seperti pembedahan, ubatan klinik/hospital, kecederoaan, kemalangan dan sebagainya.

Perkauman    - video seperti hasutan, khianat, fitnah yang boleh mendatangkan kemalangan,kemarahan dan sebagainya

Keganasan     - video yang memaparkan aksi keganasan yang melampau, kecederaan, penyembelihan yang mana mendatangkan kemarahan dan kekejaman.

Vandalisma    - video dengan aksi vandalisma, yang boleh mendatangkan hasutan kepada orang lain

Keagamaan   - video tentang keagamaan dan kepercayaan

Mengaibkan  - video kempen untuk menjatuhkan /memusnahkan sesuatu perniagaan , produk dan lain-lain yang dinggap melampau.

Lucah              - video yang memaparkan aksi-aksi lucah

Prank              - video 'prank' yang tidak mendatangkan manfaat/faedah bagi memalukan seseorang sebagai bahan tontonan

Video tidak bermanfaat , video yang tidak mendatangkan apa-apa faedah , manfaat kepada penonton

Video bukan hak milik sendiri - video yang bukan hak milik anda dan diambil dari orang lain melainkan mendapatkan kebenaran.

myvid.my tidak bertanggungjawab diatas sebarang  kandungan yang dimuatnaik oleh pelanggan yang melanggar syarat-syarat seperti diatas.

Bagi perkara tersebut video tersebut perlu dikeluarkan dari platform ini, Sekiranya  tiada tindakan diambil maka akaun anda akan ditutup. Anda tidak akan dapat mendaftar akaun anda lagi di platform ini.


DASAR HAK CIPTA DAN PRIVASI


Dengan melayari dan melawat laman web ini, anda bersetuju kepada terma dan syarat dan Dasar privasi myvid.my.

Terma dan syarat ini dipakai kepada semua pengguna, dan jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat ini, sila jangan menggunakan laman web ini.


myvid.my  mewujudkan dasar privasi ini untuk menunjukkan keazaman dan tanggungjawab kami untuk keselamatan dan privasi dalam talian.


Apakah maklumat yang kami kumpul :

Kami mengumpul maklumat apabila anda mendaftar dalam laman web kami. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan nama anda, alamat e-mel anda, nama negara anda, alamat dan nombor telefon anda (jika diperlukan)

Maklumat anda tidak digunakan kepada mana-mana pihak, selagi ia tidak mendapat kebenaran dari anda. 

Kami menggunakan maklumat anda hanya untuk meningkatkan pengalaman anda dan untuk memperbaiki laman web kami kepada yang lebih balk dari masa ke semasa.

Kami sedang menaiktaraf bahagian pendaftaran bagi memudahkan anda masuk tanpa mengisi maklumat anda dengan menggunakan sosial media.


Kami menggunakan 'cookie' untuk:

Mengenalpasti lawatan kembali ke laman web kami. Melaporkan maklumat statistik tanpa nama di web-laman web dan penggunaan iklan. Membolehkan anda mengakses laman web dengan pengenalan. Sesi pelayan anda dalam keselamatan selain menyampaikan maklumat tertentu mengikut minat anda dan membolehkan sistem analisis google membuat capaian dalam  memantau lalu lintas ke laman web kami.

myvid.my tidak menngunakan pautan ketiga untuk mencapai trafik ke laman web ini , melainkan melalui  kerjasama dengan rakan-rakan kami. Kami  tidak membenarkan untuk berkongsi pautan mereka atau mempromosikan laman web di mana-mana tanpa memaklumkan dan mendapat kebenaran kepada kami. Melainkan yang mengikuti kempan affiliate kami.


Akta Perlindungan Kanal-kanak (Children Privacy  Act):

Kami sentiasa mengikut  pematuhan dengan keperluan COPPA (Akta Perlindungan Kanak-kanak Privasi Dalam Talian ), kami tidak membenarkan mendaftar dan menyimpan apa-apa maklumat daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun.


Pengiklanan 

Google, sebagai pengeluar iklan pelanggan, kami menggunakan analitik untuk menyediakan ruang iklan sebagai penerbit. Penggunaan Google cookie DART membolehkan ia menganjurkan  iklan kepada pengguna ,berdasarkan kunjungan mereka dan minat mereka tentang sesuatu . Pengguna boleh memilih untuk keluar daripada penggunaan cookie DART dengan melawat iklan dan rangkaian kandungan dasar privasi Google.

Kami tidak memasang mana-mana pautan tersembunyi kerana ia akan merosakan reputasi kami selain menggangu konsentrasi pengunjung.


PERUBAHAN DASAR INI

Sekiranya terdapat perubahan dasar privasi dan polisi , kami akan memaklumkan disini.